Saturday, April 23, 2011

Amalan-amalan Harian

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA,MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1) Melihat perkara-perkara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana: 1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis.

Saturday, April 9, 2011

Perbezaan Antara Merendah Dengan Rendah Diri

SATU hakikat yang tidak dapat disangkal ialah semua insan mempunyai perasaan rendah diri. Ia adalah manifestasi bahawa insan itu adalah golongan lemah dan tidak mempunyai kekuatan mutlak terhadap diri atau kehidupan.

Sememangnya boleh diterima anggapan bahawa manusia mempunyai kekuatan atau kekuasaan terhadap diri dan kehidupan, tetapi suasana kehidupan sebenar tidak selalu menjamin keadaan sedemikian.


Gambaran sebegini menjadikan manusia mudah untuk terus ditimpa kepayahan dalam kehidupan dan merasakan diri terlalu kerdil.
Merasakan diri kerdil sebenarnya menunjukkan wujudnya perasaan rendah diri.

Manusia dilahirkan dalam keadaan lemah, tetapi berpotensi untuk maju. Mereka walaupun lahir dalam keadaan lemah, namun tidak bermakna berterusan berada dalam keadaan yang lemah itu. Ini juga tidak bermakna mereka tidak mempunyai sebarang kelemahan.

Lantaran dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan, ia sememangnya menimbulkan rasa rendah diri kerana menyedari kekurangan yang ada. Tetapi bukanlah sesuatu yang wajar jika menyesali diri yang dilahirkan serba kekurangan. Sebaliknya, ia akan mengundang pelbagai kemudaratan yang tidak terlintas di fikiran, maka akan terbentuk satu tekanan psikologi yang dikenali sebagai gangguan rendah diri (inferiority complex).

Gangguan rendah diri adalah keadaan di mana seseorang itu merasakan dirinya berterusan berada dalam serba kekurangan. Kekurangan yang dirasai membantutkan segala usaha untuk mencapai kemajuan dalam kehidupannya walaupun ia berpotensi untuk maju.

Potensi untuk maju dilindungi oleh hijab tiada keyakinan diri, pemikiran negatif dan kegembiraan yang terbantut.

Ini seterusnya membataskan keupayaan untuk bersosial dalam kelompok masyarakat. Akibatnya penyisihan yang dicipta sendiri yang akan mengukuhkan lagi gangguan rasa rendah diri.

Keadaan ini berbeza secara total daripada rasa rendah diri atau sikap merendah diri.

Rasa rendah diri (inferiority feeling) adalah satu bentuk kesedaran diri pada peringkat kognitif, di mana seseorang itu menyedari akan kekurangan yang ada, tetapi tidak pula dibelenggu oleh penyesalan yang biasa timbul daripada kekurangan itu. Malah, kekurangan yang dimiliki itu pula bertindak sebagai satu inisiatif untuk menimbulkan motivasi dalaman bagi mencetuskan perubahan proaktif dan pencapaian positif. Inilah yang seharusnya dipelajari bagi menjamin suasana kesihatan mental sempurna.

Rasa rendah diri tidak akan menimbulkan kepayahan, melainkan jika seseorang itu menilai kekurangan dan kelemahan yang dialami sebagai satu masalah yang amat kronik dan serius sehingga mengganggu kestabilan diri dan kehidupannya.

Malah rasa rendah diri juga tidak akan muncul, melainkan jika seseorang itu membandingkan keadaan mereka dengan keadaan yang ada pada orang lain. Jika keadaan dirinya itu dirasakan lebih rendah atau keadaan orang yang dibandingkan itu dirasakan lebih baik daripadanya, dia akan merasakan kekurangan yang ada pada dirinya sebagai kelemahan yang menyebabkannya berasa rasa rendah diri. Dan seterusnya, rasa rendah dirinya itu pula akan menimbulkan pelbagai komplikasi negatif.

Di antara ciri umum seseorang yang mengalami gangguan rasa rendah diri yang kronik ialah:

Tiada keyakinan diri.

Mempunyai pandangan negatif dan pesimis terhadap diri, orang lain dan kehidupan secara umum.

Sukar untuk berinteraksi secara sosial dan bersikap pilih bulu.

Mempunyai keinginan untuk menganiayai orang lain.

Gemar menunjuk-nunjuk aset yang dimiliki.

Sering membelakangkan etika dan moral semata-mata inginkan pemujaan dan pengiktirafan ke atas diri sendiri.

Berusaha menjadikan kemudahan dan pangkat atau harta sebagai platform untuk kemegahan diri atau meraih pengiktirafan dari masyarakat (superiority complex).

Cenderung untuk menghidapi tahap kebimbangan yang kronik.

Komplikasi daripada gangguan ini sering menyebabkan kesudahan negatif dalam kehidupan bermasyarakat. Kebiasaannya, seseorang yang mengalami gangguan ini pada tahap kronik mempunyai pelbagai cara tersendiri bagi mengurangkan kesakitan yang dialami. Pada kebiasaannya mereka berusaha menafikan kelemahan dimiliki kerana ia memberikan banyak tekanan kepada mental dan emosi.

Ada dua kaedah biasa yang digunakan ketika berhadapan dengan suasana yang menampilkan kelemahan dan kekurangan.

Kaedah itu seperti cuba menidakkan keadaan yang dialami atau cuba berusaha mengatasinya untuk memperbaiki keadaan.

Dalam usaha mengatasinya, perkara penting harus dilakukan adalah menyedari kaedah yang digunakan sentiasa bersifat rasional. Ini kerana rasa rendah diri adalah punca utama gangguan mental dan emosi serta beberapa gangguan personaliti.

Orang yang cenderung untuk menafikan kekurangan dimiliki akan cuba menidak atau melupakan kekurangan itu. Dia tidak menerima hakikat keadaannya. Dia juga akan menghindari sesiapa atau mana-mana suasana yang akan menonjolkan kelemahan dirinya. Mereka lebih penakut dan tiada keyakinan diri dalam semua aspek kehidupannya. Mereka juga takut membabitkan diri secara sosial. Orang sebeginilah lebih cenderung menghidapi penyakit kebimbangan dan kemurungan.

Ada juga yang kecewa atau tidak puas hati dengan kekurangan yang ada.

Padanya, sebarang pendedahan terhadap kekurangan diri adalah satu ancaman yang menimbulkan rasa cemas dan curiga. Sesiapa saja atau apa juga suasana yang mendedahkan kelemahan dirinya akan menjadi mangsanya. Rasa cemas itu pula akan menyebabkannya marah dan akan reda jika orang lain yang berada di sekelilingnya takut atau hormat padanya. Orang seperti ini cenderung untuk mengalami gangguan personaliti.

Kaedah baik dan proaktif adalah menerima hakikat kejadian diri sendiri seadanya tanpa berbelah bagi dan sentiasa mempunyai persepsi positif.

Perlu juga menyedari akan kekurangan yang ada dan cuba menerimanya sebagai sebahagian ciri personaliti unik dan pada masa sama sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan.

Jangan suka membandingkan kejadian atau kedudukan sendiri dengan orang lain. Perangai suka membandingkan diri dengan orang lain juga punca yang mendorong rasa rendah diri. Gunakan segala kelebihan yang ada dan jadikannya sebagai kekuatan yang mampu merangsang pertumbuhan diri bagi mencapai kejayaan. Tolonglah diri sendiri untuk maju dan jangan biarkan diri binasa oleh kerana kejahilan sendiri.

Kemajuan diri mesti dicapai dengan usaha gigih dan melihat perubahan sebagai satu kemajuan. Dalam Islam, tuntutan untuk berubah mencapai kemajuan memang sudah sedia ada sebagaimana menurut firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." – (Surah al-Ra’d, ayat 11)

Inilah gambaran jelas bahawa Islam sebagai satu cara hidup yang amat dinamik. Perubahan ke arah kecemerlangan juga dituntut oleh Rasulullah sebagaimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah amat menyukai mana-mana hamba-Nya yang melakukan sesuatu pekerjaan itu dilakukan dengan kesungguhan dan kemahiran." Dari sini, perubahan ke arah kemajuan sememangnya menjadi agenda ajaran Islam.

Islam menuntut umatnya bersikap merendah diri kerana ia sikap terpuji. Sikap ini tidak membayangkan seseorang itu mengalami gangguan rasa rendah diri kerana ada perbezaan di antara kedua-duanya.

Pada umumnya, orang yang merendah diri menghormati orang lain. Dia mengakui kelemahan orang lain dan menerimanya sebagai satu perbezaan yang perlu dihormati. Untuk menerima kekurangan orang lain dan menghormatinya, dia terlebih dulu harus mengenali kekurangan sendiri dan menerimanya dengan rela hati. Inilah penghormatan yang diberikan kepada dirinya sendiri.

Sikap merendah diri pula tidak sebenarnya muncul daripada orang yang berasa rendah diri. Sebaliknya, mereka adalah orang yang mempunyai rasa hormat dan keterampilan diri yang tinggi serta berkeyakinan. Seseorang itu pula tidak semestinya mempunyai kedudukan mulia atau harta yang banyak untuk bersikap merendah diri. Dan sikap ini tidak akan merendahkan maruah atau kehidupan seseorang.

Kedekut Ilmu

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan itu) dan janganlah engkau menjadi daripada golongan kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Hadis riwayat al-Bazzar)

Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan Allah. Orang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi. Oleh itu, setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada:

Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain.

Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu).

Mendengar atau mengikuti majlis ilmu.

Menghormati atau mencintai satu daripada atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

Dengan adanya sifat disebutkan di atas, kehidupan seseorang itu sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke
jalan benar. Sementara mereka yang tidak termasuk dalam golongan itu atau 'bodoh sombong', mereka adalah golongan bakal mendapat kebinasaan kerana tidak ada pimpinan dapat memandu kepada kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari kiamat." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi) Islam menghargai ilmu dan ilmuwan sehingga kedudukan ilmu serta ulama dipandang tinggi seperti firman Allah bermaksud: "Nescaya Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat." (Surah al-Mujaadalah, ayat 58) Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat berpengetahuan serta memberikan gambaran benar mengenainya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang mengamal ilmu itu. Mereka yang tidak kedekut ilmu juga akan dilimpahkan rahmat Allah kerana semua makhluk Allah mendoakan supaya diberikan balasan sebaiknya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi, sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara baik kepada orang ramai." (Abu Umamah)

Sumber:-
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hikmah Memaafkan Orang

Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam Al Qur’an adalah sikap memaafkan:

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman: "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia Al Qur'an akan merasa sulit memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap kesalahan apa pun yang diperbuat. Padahal, Allah telah menganjurkan orang beriman bahwa memaafkan adalah lebih baik:

... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)

Juga dinyatakan dalam Al Qur'an bahwa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji. "Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Qur'an 42:43) Berlandaskan hal tersebut, kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur'an, "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (QS. Ali ‘Imraan, 3:134)


Para peneliti percaya bahwa pelepasan hormon stres, kebutuhan oksigen yang meningkat oleh sel-sel otot jantung, dan kekentalan yang bertambah dari keeping-keping darah, yang memicu pembekuan darah menjelaskan bagaimana kemarahan meningkatkan peluang terjadinya serangan jantung. Ketika marah, detak jantung meningkat melebihi batas wajar, dan menyebabkan naiknya tekanan darah pada pembuluh nadi, dan oleh karenanya memperbesar kemungkinan terkena serangan jantung.
Pemahaman orang-orang beriman tentang sikap memaafkan sangatlah berbeda dari mereka yang tidak menjalani hidup sesuai ajaran Al Qur'an. Meskipun banyak orang mungkin berkata mereka telah memaafkan seseorang yang menyakiti mereka, namun perlu waktu lama untuk membebaskan diri dari rasa benci dan marah dalam hati mereka. Sikap mereka cenderung menampakkan rasa marah itu. Di lain pihak, sikap memaafkan orang-orang beriman adalah tulus. Karena mereka tahu bahwa manusia diuji di dunia ini, dan belajar dari kesalahan mereka, mereka berlapang dada dan bersifat pengasih. Lebih dari itu, orang-orang beriman juga mampu memaafkan walau sebenarnya mereka benar dan orang lain salah. Ketika memaafkan, mereka tidak membedakan antara kesalahan besar dan kecil. Seseorang dapat saja sangat menyakiti mereka tanpa sengaja. Akan tetapi, orang-orang beriman tahu bahwa segala sesuatu terjadi menurut kehendak Allah, dan berjalan sesuai takdir tertentu, dan karena itu, mereka berserah diri dengan peristiwa ini, tidak pernah terbelenggu oleh amarah.

Menurut penelitian terakhir, para ilmuwan Amerika membuktikan bahwa mereka yang mampu memaafkan adalah lebih sehat baik jiwa maupun raga. Orang-orang yang diteliti menyatakan bahwa penderitaan mereka berkurang setelah memaafkan orang yang menyakiti mereka. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa orang yang belajar memaafkan merasa lebih baik, tidak hanya secara batiniyah namun juga jasmaniyah. Sebagai contoh, telah dibuktikan bahwa berdasarkan penelitian, gejala-gejala pada kejiwaan dan tubuh seperti sakit punggung akibat stress [tekanan jiwa], susah tidur dan sakit perut sangatlah berkurang pada orang-orang ini.


Memaafkan, adalah salah satu perilaku yang membuat orang tetap sehat, dan sebuah sikap mulia yang seharusnya diamalkan setiap orang
Dalam bukunya, Forgive for Good [Maafkanlah demi Kebaikan], Dr. Frederic Luskin menjelaskan sifat pemaaf sebagai resep yang telah terbukti bagi kesehatan dan kebahagiaan. Buku tersebut memaparkan bagaimana sifat pemaaf memicu terciptanya keadaan baik dalam pikiran seperti harapan, kesabaran dan percaya diri dengan mengurangi kemarahan, penderitaan, lemah semangat dan stres. Menurut Dr. Luskin, kemarahan yang dipelihara menyebabkan dampak ragawi yang dapat teramati pada diri seseorang. Dia melanjutkan dengan mengatakan bahwa:

Permasalahan tentang kemarahan jangka panjang atau yang tak berkesudahan adalah kita telah melihatnya menyetel ulang sistem pengatur suhu di dalam tubuh. Ketika Anda terbiasa dengan kemarahan tingkat rendah sepanjang waktu, Anda tidak menyadari seperti apa normal itu. Hal tersebut menyebabkan semacam aliran adrenalin yang membuat orang terbiasa. Hal itu membakar tubuh dan menjadikannya sulit berpikir jernih – memperburuk keadaan.

Sebuah tulisan berjudul "Forgiveness" [Memaafkan], yang diterbitkan Healing Current Magazine [Majalah Penyembuhan Masa Kini] edisi bulan September-Oktober 1996, menyebutkan bahwa kemarahan terhadap seseorang atau suatu peristiwa menimbulkan emosi negatif dalam diri orang, dan merusak keseimbangan emosional bahkan kesehatan jasmani mereka. Artikel tersebut juga menyebutkan bahwa orang menyadari setelah beberapa saat bahwa kemarahan itu mengganggu mereka, dan kemudian berkeinginan memperbaiki kerusakan hubungan. Jadi, mereka mengambil langkah-langkah untuk memaafkan. Disebutkan pula bahwa, meskipun mereka tahan dengan segala hal itu, orang tidak ingin menghabiskan waktu-waktu berharga dari hidup mereka dalam kemarahan dan kegelisahan, dan lebih suka memaafkan diri mereka sendiri dan orang lain.

Semua penelitian yang ada menunjukkan bahwa kemarahan adalah sebuah keadaan pikiran yang sangat merusak kesehatan manusia. Memaafkan, di sisi lain, meskipun terasa berat, terasa membahagiakan, satu bagian dari akhlak terpuji, yang menghilangkan segala dampak merusak dari kemarahan, dan membantu orang tersebut menikmati hidup yang sehat, baik secara lahir maupun batin. Namun, tujuan sebenarnya dari memaafkan –sebagaimana segala sesuatu lainnya – haruslah untuk mendapatkan ridha Allah. Kenyataan bahwa sifat-sifat akhlak seperti ini, dan bahwa manfaatnya telah dibuktikan secara ilmiah, telah dinyatakan dalam banyak ayat Al Qur’an, adalah satu saja dari banyak sumber kearifan yang dikandungnya.