Saturday, October 30, 2010

Cerita Bapa Pukul Anak

Bapa pukul anak kerana pakai tudung, apa nak jadi........

Bapa pukul anak kerana pakai tudung

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku
mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat
sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan?

Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia
lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah
celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik
kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau ! bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah.

Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar
bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku
balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa
aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan
masa, aku kata, "Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!

Pangggggggggggggggg ggg.

Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

Aduhhhhhhhhhhhhhhhh hhh....

"sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....!

Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa!

Hang jangan nak buat pasai!

Hang nak pakai tudung buat apa???

Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!!

Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Hehehehhe...

Saturday, October 16, 2010

Remioromen - Konayuki

Festival nasyid, Berzanji & Marhaban peringkat NS anjuran JHEAINS bhgian...

Modal Insan- Soutul Jihad @ Malam Aspirasi Seni 4 Palestin 09

Assalamualaikum- Soutul Jihad @ Malam Aspirasi Seni 4 Palestin 2009

Bahaya Handset

MEMBAKAR OTAK & KULIT

BRITAIN: Telefon bimbit boleh membakar otak dan menjejaskan fungsinya. Satu kajian British yang diketengahkan dua tahun lalu menunjukkan tahap pendedahan kepada telefon bimbit yang diletakkan dekat dengan kepala atau bahagian badan yang lain adalah lebih besar berbanding pendedahan keseluruhan badan kepada stesen pangkalannya.

SWEDEN: Satu kajian yang utama mendapati peningkatan sehingga 48 kali ganda aliran haba pada telinga, muka atau kepala penggunanya.



RUSIA: Telefon bimbit boleh menaikkan suhu permukaan kulit sehingga 4.7C. Kerosakan akibat pemanasan ini boleh menyebabkan kanser kulit. (Di UK, seorang pengguna mati akibat ketumbuhan kulit berbarah di tempat ia meletakkan telefon bimbit.)

Beberapa orang saintis memberi amaran bahawa pemanasan ini merosakkan kulit, di mana ia membuatkan penggunanya kelihatan berkedut, tidak bermaya dan akhirnya menjadi tua sebelum waktunya! Dikatakan berikutan pemanasan yang berlaku, sel-sel kulit lama kelamaan tidak dapat berfungsi dengan sempurna, dan proses hidup menjadi kurang berkesan.

RISIKO KANSER LEBIH TINGGI

SWEDEN: Penggunaan telefon bimbit meningkatkan risiko tumor otak hampir 2 1/2 kali ganda. Kanak-kanak yang bertengkorak nipis dan berotak kecil lebih berisiko.

AUSTRALIA: Tikus yang didedahkan kepada radiasi getaran digital telefon bimbit selama lebih 18 bulan berisiko dua kali ganda diserang kanser.

AMERIKA SYARIKAT: Pengguna yang kerap menggunakan telefon bimbit mempunyai paras melatonin (hormon penting bagi mencegah kanser) yang rendah.

AUSTRIA: Perokok yang menggunakan telefon bimbit menanggung risiko lebih tinggi mendapat kanser berbanding bukan perokok.

Fakta lain yang membimbangkan

Pengguna telefon digital diketahui boleh mengembangkan penyakit nonHodgkin di dalam kelenjar limfa leher mereka, pada bahagian yang sering diletakkan telefon bimbit selama beberapa jam sehari.

Pendedahan selama beberapa minit kepada radiasi telefon bimbit boleh mengubah 5% kanser aktif kepada 95% kanser aktif pada sepanjang masa pendedahan dan dalam jangka masa pendek selepas itu.

Risiko tumor 'neuro epithelial' luar biasa pada bahagian luar otak adalah lebih dua kali ganda - secara statistiknya menunjukkan peningkatan yang ketara - terhadap pengguna telefon bimbit berbanding bukan pengguna.

Pada tahun 1998, sekurang-kurangnya lapan tuntutan mahkamah yang mendakwa telefon bimbit meneyebabkan tumor otak difailkan di Amerika Syarikat.



KEROSAKAN DNA & SISTEM IMUN

Beberapa kajian menunjukkan bahawa radiasi telefon bimbit boleh menyebabkan kerosakan DNA dalam sel manusia. Menurut saintis UK, radiasi frekuensi radio yang lemah sama seperti yang dipancarkan oleh telefon bimbit boleh merosakkan sistem imun badan yang melawan jangkitan dan penyakit.




KECACATAN KETIKA LAHIR

AMERIKA SYARIKAT: Radiasi telefon bimbit telah dikaitkan dengan kemungkinan bahaya kepada wanita hamil dan bayi di dalam kandungan. Dalam satu kajian, radiasi didapati menyebabkan kecacatan kepada embrio ayam.

KENAIKAN TEKANAN DARAH

JERMAN: Dalam satu kajian yang dilaporkan di dalam Lancet pada tahun 1998, tekanan darah pada setiap ujian ke atas manusia mengalami kenaikan antara 5 hingga 10mm Hg - paras kenaikan yang lebih daripada cukup untuk memulakan strok atau serangan jantung di kalangan mereka yang berisiko tinggi.

Ini merupakan bukti kukuh pertama mengenai kemampuan radiasi telefon bimbit mengubah fungsi sel secara langsung di dalam badan manusia.

PENYAKIT ALZHEIMER, PARKINSON & SKLEROSIS MULTIPEL

SWEDEN: Pendedahan cuma selama dua minit kepada pancaran daripada telefon bimbit boleh melemahkan penghalang keselamatan di dalam darah, menyebabkan protein dan bahan toksin memasuki otak. Keadaan ini cenderung mencetuskan serangan penyakit-penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan Sklerosis Multipel.

Dalam satu kajian lain, pengguna telefon bimbit selama 30 minit sehari adalah dua kali ganda cenderung mengalami keadaan hilang daya ingatan berbanding mereka yang menggunakannya kurang daripada dua minit.

AMERIKA SYARIKAT: Satu kajian mendapati daya ingatan tikus menjadi lemah buat seketika selepas terdedah selama 45 minit kepada radiasi elektromagnet daripada telefon bimbit.

UK: Kajian tajaan kerajaan mengaitkan pendedahan radiasi telefon bimbit dengan kehilangan daya ingatan buat seketika dan kekeliruan secara tiba-tiba.

PENYAKIT JANTUNG & BATU KARANG

EROPAH: Penyelidikan baru menunjukkan pendedahan kepada radiasi telefon bimbit menyebabkan sel-sel darah merah membocorkan hemoglobin (yang membawa oksigen ke seluruh badan), di mana pengumpulannya boleh menyebabkan penyakit jantung dan batu karang.

PENURUNAN NAFSU SEKS, KEPANASAN & KELESUAN

UKRAINE: Berdasarkan kajian yang dijalankan keatas binatang, penggunaan telefon bimbit secara drastik boleh mengurangkan keinginan seks. Tikus yang terdedah kepada radiasi telefon bimbit didapati mempunyai paras testosterone dalam aliran darah jauh berkurangan daripada tikus yang tidak terdedah kepadanya. Semakin tinggi dos radiasi, semakin berkurang testosterone yang dikeluarkan oleh kelenjar badan, mengakibatkan penurunan aktiviti seks.

SCANDINAVIA: Kajian tajaan industri selular Scandinavia dan kerajaan Sweden dan Norway, mengesahkan hubungan ketara antara jangka masa dan jumlah panggilan dibuat oleh pengguna dengan gejala-gejala seperti kelesuan, kepanasan dan sakit kepala. Pengguna telefon bimbit yang kerap juga dilaporkan mengalami keadaan kulit berdenyut-denyut atau bergerak-gerak.

RACUN DALAM BAHAN PENAMPAL GIGI

Kajian menunjukkan radiasi telefon bimbit boleh mengaktifkan raksa dan melepaskan gas beracun. Pakar-pakar percaya bahawa gas yang menyerang sistem saraf tengah otak boleh menyebabkan keadaan tertekan, lelah, penyakit Alzheimer dan Sklerosis Multipel.

SAKIT KEPALA, PENING & HILANG TUMPUAN

SWEDEN: Kajian Sweden yang ditaja oleh industri selular ke atas 11,000 pengguna telefon bimbit mendapati pengguna yang membuat empat panggilan atau lebih dalam sehari adalah 3.6 kali lebih mudah diserang sakit kepala berbanding mereka yang membuat panggilan kurang daripada dua kali. Pengguna juga 2.3 kali lebih mudah pening dan 2.4 kali lebih mudah hilang tumpuan.

Orang-orang muda lebih berisiko terutamanya yang berumur 30 tahun ke bawah, di mana mereka lebih mudah mengalami kesan sampingannya.

Friday, October 15, 2010

Saturday, October 9, 2010

Pasukan k0r-Kadet Polis

Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia adalah pasukan beruniform yang wujud di seluruh sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah dan berupaya mengelakkan diri mereka daripada segala kegiatan negatif yang mampu merugikan diri sendiri.

Sejarah

Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi:
"The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."
Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini seorang warganegara yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh dan sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa.
Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan dipilih dari murid-murid sekolah menengah yang telah dipilih untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah tersebut dan Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.

Organisasi

Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah disusun sama seperti susunan Polis biasa. Pasukan Kadet Polis dibahagikan kepada Kompeni dan Platun. Setiap pelatun itu mengandungi anggota-anggota yang datang dari sebuah sekolah sahaja -- yang anggotanya semua lelaki atau semua perempuan. Satu Kompeni adalah mengandungi 4 Pelatun dan diketuai oleh seorang Komander Kompeni berpangkat Assistan Superintendant Polis. Jawatan ini dipegang oleh seorang Pegawai Pendidikan atau Guru Kanan Sekolah. Komander Kompeni adalah dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan dua Sarjan Mejar.
Ibu Pejabat Kompeni Kadet ini terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana Pasukan ini berada. Satu pelatun adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang pegawai kanan kadet, seorang sarjan dan tiga orang koperal. Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah guru sekolah dan yang lain penuntut sekolah.
[sunting]Tujuan penubuhan
Peranan Belia Di Dalam "Nation Building"
Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang akan membentuk tulang belakang dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab.
Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal;
Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan
Memperkayakan masa lapang pelajar sekolah

Latihan/Keahlian

Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-murid sekolah menengah, yang berumur antara 14 tahun hingga 21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Mereka yang terpilih akan dibekalkan dengan pakaian seragam yang dikhaskan untuk PKP mengikut ukuran mereka. Selain daripada itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga tahun. Antara latihan yang diberi kepada anggota kadet polis ini adalah:-
Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian senjata dan kawad kaki.
Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis
Pertolongan Cemas
Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari dipengaruhinya
Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan amali
Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.